Wednesday, July 14, 2010

rindu bertandang lagi..

salam..

zahirnya memang begitu,
batinnya tidak siapa tahu,
dia yang hanya sekali kutemu,
dia pun tidak mengenali siapa aku,
tapi hati ini rindu, rindu pada dirimu.

mmg lumrah alam,
rasa rindu datang mencengkam,
hanya doa dapat kusulam,
bagi menerangi duniamu yg suram,

walau aku bukan siapa-siapa,
tapi kasihku untukmu membara,
moga kau sudi menerima,
secebis kasihku yang kurang bermakna,

bersemadilah dikau disampingNya,
aku tau kau sangat bahagia,
bila rinduku datang menyapa,
sudila kiranya kau datang menjelma,
dalam mimpi-mimpi ku kita bersua.

al fatihah untuk Alanna Qish bt Syarulniza

~ anak kecil ini bukan anak saya..tapi ibarat anak saya juga..kerana ikatan kekeluargaan yang dibawa bersamanya, telah mengeratkan hubungan sesama kita..




No comments:

Post a Comment