Wednesday, June 30, 2010

kes buang lagi..

salam..

arini potato baca metro..ada lagi kes buang baby.. kesian laa..ibu yg buang tu pun aduhaii.. kan bersalin tu sakit yang amat.. dah sakit tu senang2 je buang ke.. kalau tak nak sekali pun..jangan buang..bagi la kat tempat yang sepatutnya. ramai lagi orang yg kempunan nk anak dalam dunia ni..muka baby yang dibuang tu pun alahai..comel sangat..kesian laa...

padan muka dah kena tangkap ibu yang buang tu.. biar undang-undang mengajar...yg lelaki tu pun..dah terlanjur..bertanggungjawab la..kita ni kan namanya manusia..memang tak terlepas dari buat salah..tak kira la salah kecik or besar kan.. hish la.. kadang2 potato rasa takut dengan keadaan sekarang ni.. budak2 sekolah sekarang ni dah tak macam masa potato sekolah dulu.. dulu budak sekolah takut nk buat benda2 yang tak sepatutnya..sekarang ni..lau setakat merokok, merompak tu benda kecik buat derang... seram bila pikir macamana la nnt bila anak2 potato dah besar n melalui alam persekolahan... memang kena pantau abis- abisan la..takut terjebak ngan benda2 yang tak elok ni la.. permudahkanlaaa...amin...


p/s: bola punye issue.. portugal dah kalah..hehehehe..

Tuesday, June 29, 2010

design baru..yeehuuu

salam..

lama tak update blog..sebab banyak benda bersarang dalam fikiran..bukan tak nak luahkan kat my dear blog ni..tp tak tau cemana nk susun ayat.. pergh tersangat complicated... hehehe

semalam potato dikejutkan lagi dengan satu lagi berita kematian anak kawan lama masa kat UTM dulu jugak.. al fatihah buat ibrahim adham.. anak kecil ini lemas semasa proses kelahiran.. namun berjaya diselamatkan tp ada banyak komplikasi.. baru berusia 2 bulan lebih.. Allah lebih sayangkan dia.. semoga rohnya bersama dengan roh arwah Alanna..ditempatkan di kalangan yg Allah kasihi..amin...

hmm apa lagi ye.. weekend eh.. tkde buat apa pun.. bergolek ngan anak2 aje.. ngan ayah anak..hehehe...

esok last day untuk sorang staff kat opis potato.. sedih pun ada.. tp dia dapat offer yang lebih baik..let her go la kan.. hmmm.. potato camni la.. bila la nk bukak kedai dobi ke kedai kek ni..

haa aritu gi MIHAS dah amik dah senarai supplier untuk kedai kek.. weehuuu.. doakan la ye potato berjaya bukak kedai.. amin...

Wednesday, June 23, 2010

seorang isteri

salam..

potato berbloghop malam tadi selepas mata ni tak mau tido..nk layan bola..tak minat..so berjalan2 ke blog orang la.. tp potato lupa apa link dia.. yg sempat potato copy adalah cerita di bawah.. pada yang berkenaan..if terbaca blog potato..sorry ye.. saya copypaste cerita ni..sebab pada saya besar maknanya...

hujan masih renyai..sejuk dingin..sedingin perasaan papa selepas menziarah mama tadik..mama..buat masa ini..papala ibarat pungguk yang rindukan bulan..papa rindukan mama...maafkan papa, mama..maafkan papa...

" u ni i pun penat jugak..tp tolong la tengokkan anak sekejap.. i nk kemas dapur pun susah..Nia ni ha..nk berdukung je..tolong la kejap.." " hish u ni..membebel je la.. i nk tengok tv pun tak dengar tv ni..asyik dengar suara u je.. suruh la Naim, Firdaus, haa tu Maya pun ada..semua buat apa dalam bilik tu..Naim!!!! tolong tengokkan Nia ni kejap..mama nk masak..papa nk rehat..tau tak papa penat ni..keja banyak..tak macam mama..duduk je kat opis tu.." Tergumam sekejap mama bila dengar papa meluahkan rasa hatinya. Memang mama duduk je kat opis..sebab kerja mama hanyalah seorang kerani..bukan macam papa..jurutera yang amat penting di dalam syarikatnya. Apalah daya mama..

Nia mama kendong..sambil basuh saki baki pinggan..mata Nia mama renung..dalam hati ini ada rasa kesal kerana anak- anak memang jarang dapat bermanja dengan papa mereka. Semua bermula bila papa ditawarkan jawatan ketua jurutera di tempatnya. Bangga dengan kejayaan papa, tak disangka papa berubah. "mama, mana crayon yang Firdaus mintak mama beli tu?" terkejut dengan sapaan Firdaus.. cepat-cepat mama sapu airmata yang baru nk berlinang.. " nnt mama bagi ye sayang.. Firdaus pegi mandi dulu..ajak abang Naim sekali..kak Maya buat apa?" "main game"..ringkas jawapan Firdaus.. dulu Firdaus seorang yang manja dengan papanya.. sekarang hanya mama sahaja yang berani dipanggil selepas diherdik sekuatnya oleh papa.. akibat bermain Lego. papa marahkan firdaus seolah- olah Firdaus telah membuat satu kesalahan yang amat besar.. ditunjalnya kepala anak kecil tu.. mama juga la yang meredakannya.."haa tu la mama..manjakan sangat.. dah main bersepah pun mama masih nk manjakan.."..masih terngiang herdikan papa...

setelah semua tersedia.. mama panggil Maya, Naim dan Firdaus untuk makan..Nia telah tidur kepenatan seharian di nurseri. papa pun mama panggil juga.. namum hampa selepas papa kata dia akan makan di luar..ada kawan menanti.. keluh hati ini..tapi demi anak-anak mama senyumkan jua..dan menikmati makan malam bersama mereka..seronok tengok keletah anak semasa makan.. berebut ayam la..sorang nk peha..sorang nk kepak.. pada mama tu semua mmg ragam anak-anak..tp pada papa..semua tu merunsingkan dia. lantas dihempasnya pintu dan keluar.. anak-anak terpaku.. mama terkejut.." papa nk cepat tu.. tak apa la..jom sambung makan..lepas tu buat kerja sekolah ya..".. anak- anak akur...

lepas semua telah lena dibuai mimpi..mama teruskan mengemas.. baju anak-anak untuk ke sekolah esok, ke nurseri esok.. buku-buku mereka tadi pun tak kemas lagi.. susu Nia..barang keperluan Nia untuk esok..baju papa, baju mama untuk kerja esok..semua masih belum di kemas.. mata mengantuk..badan penat..tapi mama gagahkan jua.. kemudian beralih ke ruang tamu, mama kemas, sapu, mop sehingga nampak macam ruang tamu dalam kedai la..bersih dan tersusun..

jam dah pukul 12.40 malam.. lepas Isyak, mama baring atas sofa. tunggu papa balik.." mama, bangun.. dah kenapa ni tido kat sofa? dh takde bilik dh tido?" " eh papa.. dh lama ke papa balik.. mama letih sangat kot..terlelap tadik" " apa yang letihnya..mama bukan buat apa pun.. duduk tengok tv pun letih?" Hati mama terus jadi kecil sekecil hama.. mama tengok papa terus berlalu masuk ke bilik dan baring di sebelah Nia. pandangan mama berbalam..hati mama renyuk..mama pun bangun menuju ke bilik..untuk melelapkan mata dan melayan hati yang lara.. baru hendak lelap..mama dikejut papa..kewajipan mama sebagai isteri mama langsaikan..walaupun badan penat, mata mengantuk..kewajipan yang wajib itu mama tak abaikan..demi papa...sebab mama sayangkan papa..

pagi itu, mama rasa pening dan tak berapa sihat. nasib baik semua keperluan anak- anak untuk ke sekolah sudah mama siapkan dari malam tadi lagi.. papa masih di bilik air..Nia asyik dengan cerita Barney di tv, Firdaus sedang makan sarapan, Maya sedang menyikat rambutnya, Naim sedang tercari-cari barangnya di dlm laci.. kaki mama lemah nk melangkah..namun mama gagahkan juga.. siapkan diri untuk ke pejabat..sedang bersiap papa bertanyakan stoking dan tali lehernya. dengan pantas mama ambil dalam bakul dan hulur pada papa.. Firdaus pula bertanyakan tshirt sukan..oo ye..mama lupa..Firdaus ada sukan hari ni.. terus sahaja mama ambil baju sukannya yang mmg berlipat rapi dalam almari. Firdaus tersenyum.. hampir semua keperluan seisi rumah, mama yang sediakan..mama rasa bahagia dapat menyediakan semua untuk orang yang mama sayang...bahagia sangat...

sampai di pejabat, semua rakan menegur kata muka mama pucat. " Min, pucat sangat ni..kau okay ke tidak ni?" sapa Linda.. Linda kenalan mama sejak dari Universiti lagi..baik sungguh hati budi Linda.. "tengahari nanti aku ke klinik la.."

"Min..min.. Yasmin..Yasmin..awak pengsan tadi di pejabat. saya bawak awak ke hospital ni..sekarang awak berada di hospital".. kata - kata itu buat mama bingkas bangun.. kepala mama sakit sangat.. mama cuba cari papa.." doktor, mana suami saya?.." En Nizam tak dapat datang lagi..mungkin malam..dia ada mesyuarat penting.." " tapi doktor, anak - anak saya, tak ada siapa ambil kat nuseri. saya nk balik sekarang doktor" : Yasmin, anak awak semua Linda dah uruskan. Linda dalam perjalanan ke mari bersama mereka. Yasmin, awak kena banyak bertenang. Awak tak boleh balik hari ni. Saya terpaksa minta awak duduk di wad sehingga keputusan pemeriksaan awak keluar nnt" "kenapa doktor..saya sakit apa?" " bertenang yasmin, kami syak awak ada barah darah yang telah kritikal" pandangan mama sekali lagi kelam...

" hish budak- budak ni.. mana baju sekolah korang ni.. papa nk carik kat mana?.. ni buku sekolah ni dah siap buat kerja sekolah kemas la.. Naim, tolong papa. carik baju sekolah, papa banyak lagi keja ni..Maya! buat susu Nia ni.. dia dah menangis ni..papa ada paperwork nk buat ni.." "papa, mama yang simpan baju sekolah, Naim tak tau la papa.." "papa, susu Nia ni nak buat mcmana?" " alah!..nnt papa telefon mama" riang hati mama bila terpandang nama papa sayang di skrin telefon. " hello papa" suara papa bengis.."u kan mama.. i tengok u sihat je, u mmg nk duduk lama ke hospital tu. u memang dh malas nk balik ke?.. u tau tak.. i ni dah tak boleh handle dh anak-anak u ni. pening la i.. semua i nk kena buatkan untuk diorang.. kalau u tak bleh balik esok.. i tinggal aje diorang ni kat rumah. i tido hotel!" sebak dada mama..dengan langkah lemah..mama carik doktor.." tolong la doktor.. anak- anak saya takde sapa nk jaga..suami saya kena pegi keja luar..tolong saya doktor.. saya janji saya jaga kesihatan saya.." doktor hashim tidak menjawab cuma menganggukkan kepala sahaja.. hati mama berbunga riang..mama diberi cuti sakit 2 minggu. "Linda, kau ambil aku kat hospital ye. aku dh boleh keluar.."

sampai sahaja di rumah, papa tiada. Nia hanya memakai pampers sedang bermain Lego, Naim dan Maya di depan tv, makan biskut, Firdaus di dapur sedang basuh pinggan.. hancur hati mama...terus mama peluk anak- anak mama.. dan mama berjanji akan menjaga anak-anak mama tak kira apa yang akan berlaku.. Firdaus seperti memahami, terus membantu menjaga Nia.. sebak dada mama...

malam itu papa pulang. keadaan rumah dan anak-anak sudah kembali seperti biasa..sebab mama dah pulang, jadik mama sudah mengemas semuanya. "haa.. tau pun jalan balik ke rumah.. sudah la min.. tak payah pura-pura sakit lagi.." "mama memang betul sakit la papa.. mama muntah darah tadik.. Firdaus yang lapkan kat lantai bilik"." argh kau diam..kau pun sama menyusahkan.. satu apa pun tak boleh harap..masa mama kat hospital dulu..ada kau tolong papa..semuanya tak tau.." " dah la bang...mama sihat.. Firdaus mama sihat.. mama boleh buat..dah...dah..." "tapi mama..darah tu.."" shhh sudah la Firdaus..mama kata mama sihat.." " dah la abang.. mama okay.. tapi sepatutnya papa pun kena ambil tahu jugak pasal keperluan budak- budak ni..tak la nnt bila mama takda..papa tercari-cari.. ni kan rumah kita.. anak- anak kita.. sama-sama la patutnya kena ambil tau.." " kau jangan nk mengajar aku pulak la.. tu semua kan tanggungjwab isteri. isteri la uruskan. bukan suami. dah la aku penat! malas nk bertekak ngan kau pasal benda bodoh ni." mama bungkam..anak-anak terdiam.. " sudah la Firdaus, bawak adik-adik masuk bilik ya.." Mama benar-benar tak faham..mengapa papa berubah sangat.. tapi mama buangkan perasaan tu jauh-jauh..sebab mama teringat pesanan arwah nenek, "min, dlm rumahtangga, kalau kita asyik dambakan yang sempurna, rumahtangga kita takkan kekal lama.. biarla kurang sempurna, asalkan hati kita bahagia min..yang kurang sempurna itu, bila berubah kepada kesempurnaan yang hakiki, masa tu la baru kau tau indahnya berumahtangga min.." dulu mama hanya mendengar, kurang memahami.. sekarang mama sudah nampak jelas maksud nenek....mama intai papa di dalam bilik.. asyik dengan komputer... mama terus ke bilik anak-anak..Nia sudah tertidur dengan Maya.. Firdaus masih membaca, Naim leka dengan gamenya.. "biarla tidur lambat skit..esok cuti.." bisik hati mama...mama baring sebelah Nia..

pagi hari ahad mmg mama biarkan Naim, Firdaus, Maya dan Nia tidur lama sikit..kesian setiap hari bangun pagi..papa dah lama keluar. jumpa kawan katanya. mama ambil telefon dan dail no Linda.. dalam perancangan Linda nk bawa kami ke taman permainan di Cheras. tempat anak-anak mama suka pergi..papa dah bagi kebenaran malam tadik. itu pun lepas bertegang urat sekejap.."Lin, sekejap lagi la ye..anak-anak aku tidur lagi" " ye ke.. tak apa la..aku pun dh dalam perjalanan ni.." "haa..kita sarapan kat sini dulu ye..aku dh goreng mihun" "okay Min".. seronok hati mama.. mama intai anak-anak mama..semua nya mmg lena diulit mimpi..mama cium seorang demi seorang..kasihnya mama pada mereka..

" mama..mama.." suara tangis Firdaus memaksa mama membuka kelopak mata mama yang amat berat rasanya. "Min, waktu aku sampai pagi tadi, kau terbaring sebelah Nia, aku fikir kau tidur, bila aku panggil, kejut kau tk bangun, terus aku call Nizam.." " abang Nizam mana?" " ada di bilik doktor Hashim, Min.. banyak bersabar ye".. papa datang bersama Nia.. mata papa merah..sembab.."kenapa papa?" "Lin, tolong bawak budak- budak keluar kejap"..
"mama.. benarkah selama ini mama ada barah darah yang kritikal.. kenapa mama tak bagitau papa?" bahu mama digoyang papa.. "papa, bukan mama tak nak bagitau..papa yang tak nak ambil tau..sekarang papa dah tau kan..tp doktor hashim cakap mama masih boleh dirawat.." air mata papa deras.."mama, sakit mama sudah terlalu kritikal, doktor menjangkakan hingga esok sahaja mama".. perasaan mama luluh, mama terbayang Firdaus, Naim, Maya dan Nia.. macamana anak-anak mama tanpa mama..air mata tanpa henti mengalir.." papa, andai benar mama akan mati esok, papa bawak mama balik sekarang..sebab mama nk bagitau mama pasal rumah kita. pasal keperluan anak-anak bila mama takda nnt..supaya papa tak payah marah Naim, marah Firdaus. mama nk balik sekarang pa..takut tak sempat nnt.. " papa rangkul badan mama sekuatnya.. mulut mama ditekup... menginsafi apa yang telah berlaku..

semua keluarga ada dirumah.. mama lemah.. Nia sentiasa di sisi mama.. Maya dan Naim juga.. Firdaus tak henti- henti membaca yasin untuk mama.." Maya, jaga adik ye sayang, Naim, Firdaus.. jangan selalu gaduh-gaduh ye..nnt papa marah sebab papa banyak keja nak buat ye sayang..Nia, dengar cakap papa ye..mama akan jaga anak-anak mama di sana nnt.. ingat mama sentiasa sayangkan anak-anak mama.."..raungan Maya, Firdaus dan Naim kuat sambil memeluk kuat mama mereka. papa menjadi pemerhati sahaja. " abang.. maafkan min..maafkan min bang.." suara mama terputus di situ.. bahu mama dirangkul kuat oleh papa.. "mama..mama.. ya allah.. mama!" semua yang ada turut menangis.. Nia memanjat badan mamanya, Naim, Firdaus dan Maya berpeluk sesama sendiri.. papa memeluk Nia dan mama sekuat hatinya..

" Naim, cepat.. nnt bawakkan sekali bekal untuk Firdaus tu, papa letak atas meja..". "okay papa" sahut Naim.. sambil memimpin Nia, Naim capai bekal dan berlari menuju kereta. "jap..Maya kunci pintu".. papa tersenyum melihat keletah Maya yang takut terlambat ke sekolah...

selesai menyerahkan pelan kepada rakan kerja, Nizam terus memandu ke pusara Yasmin. lama dia tak kesana. dek kerana sibuk oleh kerja dan anak-anak. sampai di pusara, suasana sangat tenang..setenang wajah yasmin semasa dikafankan dulu.. sudah 2 bulan yasmin pergi..2 bulan juga la dia menguruskan keluarga sendiri.. dia belajar menjadi mama kepada anak-anaknya..barula dia tau, tanggungjawab seorang isteri itu lebih dari segala-gala nya bagi suami. barula dia sedar, dia bertuah beristerikan yasmin kerana yasmin tidak pernah menyusahkan dia dalam urusan keluarga..kini yasmin tiada.. pada dia la anak-anak mahu bermanja. mujurla anak-anak seperti memahami mama mereka telah tiada.. anak-anak seperti tahu mama mereka tidak mahu mereka menyusahkan papa, dengar cakap papa.. tanpa disedari air mata Nizam mengalir..dia berjanji akan memikul tanggungjawab yang ditinggalkan yasmin untuk membesarkan anak-anak dengan sempurna..

Tuesday, June 22, 2010

xsiden..

salam..

lupa nk citer la..petang semalam..lepas amik budak2 dari nusery.. mcm biasa la..mr.pumpkeen tapau nasik goreng udang wak jj dia tu..then kitorang pun balik la umah.. semalam kan ujan..so jalan agak jem sket la.. kali ni jem teruk sket..sampai kereta berhenti..masa berhenti tu potato cakap camni.."uish..teruknya jem jln harini..sampai benti la keta semua..pasal pe ni yah?.." tiba- tiba.. "subhanallah..apa keta ni..!!" kereta kami dilanggar dari belakang sisi...teruk gak la kemek keta kami..alhamdulillah anak2 kami tak de apa2 kat dalam keta tu.. tp semua nya senyap je.. takut agaknya..hmm alahai.. kemek dan calar yang sangat panjang okeh..nmpk gayanya masuk wad la sekejap keta kesayangan kami tuu..

p/s: abah telefon semalam lepas tau berita eksiden tu..dia tanye cucu2 dia..then dia kata.."hmm long..bawak2 la tukar exora.." wakakaka..abah..abah.. bak mai la duitnyeee... hehehehehe

no name

salam..

memang la saya ni cengeng..gembeng...hari ni tak banyak sangat keja..keja saya berbloghop la.. semua pasal alanna..ye pasal alanna lagi..alanna beri saya kesedaran yang amat tinggi..keinsafan..memberi contoh kekuatan dalaman..semua la.. anak kecil itu telah membuka banyak mata..telah mengeratkan ukhuwah, membina persahabatan yang baru..banyak laa...ya allah.. memang hati ni cepat tersentuh jika sebut nama bidadarimu itu..memang hati ni rawan tak keruan..air mata ini laju deras bila terbaca tentangnya.. sesungguhnya ya allah kau lebih mengerti..berikanlah kami kekuatan mu ya allah..amin..

1st thing bila on PC kat office

salam..

bila pc ni on je..potato akan terus bukak facebook, then bukak "doa buat alanna".. if ada entry.. then tears will come out.. bukan cengeng..tp really touched tau..sebelum ni pun ada baca pasal kisah sedih orang kat luar sana tu..tp hati ni tertouching time tu je..and susah la nk teringat2..tp this baby alanna..i dun know why...maybe alanna sayang ni anak kawan potato..kawan yang dulu penah susah senang sama2..penah kecewa frust menonggeng sama2..penah gelak guling2 tergolek2 bila ada yg lucu sama2.. and maybe la...kat situ chemistrynya potato and alanna.. juga sebab anak potato same age, same gender ngan alanna...senang cakap naluri ibu yang mmg cengeng ni la sebabnya setiap kali tu la air mata ni ngalir aje..orang kata tak baik meratapi pemergian seseorang sebab nnt rohnya tak aman kat sana.. betulke?.. kalau betul, camne nk lepaskan sebak kat dada lau bukan menangis caranya..not to mention sujud padaNya.. itu dah memang la kan..tp kan kalau betul bila kita menangis kerinduan pada orang yang dh takde akan menyebabkan roh org tu tak tenteram.. better we stop crying kan..sebab kita sure nk roh dia aman dan tenteram kan.. nangis dalam hati je la..bleh ke? hmmmmm...moga Allah permudahkan..

oo ye.. hari bapa ye.. actually potato confused hari bapa ni bila sebenarnya.. 17 jun ke 11 jun..tp tak kisah la bila.. potato dh wish mr.pumpkeen happy fathers day.. anak dia pun ada buatkan kad untuk dia..tersengih je mr.pumpkeen..hehehe..

haa lupa plak.. my sil admit wad dh..bukan sakit..dia dh nk bersalin.. maybe today or tomorrow potato dapat la anak buah baru..yeay!..semoga semuanya selamat...amin..

Monday, June 21, 2010

syukur alhamdulillah

salam..

tadik berbloghop..blog2 yg selalu potato lawat..blog ayu.. n supermommies kat luar sana.. tiba2 hati potato sebak...bila dh banyak sangat baca blog supermommies tu.. hati potato jadik tak keruan..rindukan anak2 yang tika ini berada di nusery n kindy..syukur alhamdulillah potato dikurniakan 3 cahayamata yang sihat walafiat..dan semoga Allah berikan kesihatan dan kesempurnaan buat anak2 potato..

bila baca tentang anak2 yang kekurangan tu, dan ibu2 mereka yang sangat tabah menjaga mereka.. hati potato tersentuh..semoga Allah berikan mereka kekuatan dan ketabahan..
memang la bila berbicara soal anak...masing2 ada cerita masing2..ada cerita baik..cerita sedih..cerita gembira..semua ada la.. perihal anak ni memang tak pernah abis kalau diperkatakan..tak payah anak orang lain..anak potato yang 3 tu pun dah cukup gamat suasana pondok kitorang tu.. tp syukur lagi sekali..syukur ..syukur..syukur...

entah la.. hati ni memang cepat tersentuh bila baca perihal anak2 istimewa ni..lagi2 plak potato ada anak perempuan dan lelaki..memang cepat betul air mata ni mengalir bila membaca rentetan cerita dari ibu2 hebat tu.. bila dirungkai kembali kan..semua ni bermula bila potato tau pasal arwah alanna..arwah alanna la yg buat potato bukak mata dan sedar bahawa amanah Allah ni hanya pinjaman..arwah alanna la yg buat potato lebih menghargai insan bergelar anak..bukan potato tak menghargai anak2 potato..tidak..mereka la tangkai nyawa potato.cuma kadang2 bila angin marah menguasai..kadang2 tangan tu ringan melepuk anak2 ni..bak kata orang sayangkan anak tangan2kan..ye kan.. tp bila mengenal arwah alanna.. aduhai..potato semacam menyesal bila teringat tangan yang dh melepuk anak2 potato tu.. entahla..naluri keibuan kot..sejak dari itu.. potato lebih banyak bersabar dengan karenah anak2 ni..maklumla..potato ada 2 anak lelaki yang umurnya hanya beda setahun sahaja..dan seorang anak perempuan.. bila anak lelaki ni..hai..tau tau aje la lasaknya.. tak tertahan perasaan tu kadang2..tp syukur alhamdulillah.. arwah alanna telah mengajar dan memberi kesedaran buat potato untuk lebih sabar dan lebih menghargai anak2 tu..al fatihah untuk alanna...

tatkala menulis ni.. air mata tumpah macam paip yg rosak tak bleh tutup.. sedih, hiba, kesal, risau, takut semua ada ...bercampur baur perasaan ni..ya allah..kau berikan lah kesihatan dan kesempurnaan buat anak2 ku..dan buat anak2 mereka yang kau uji..amin...

dh abis cuti dh

salam..

hari ni bermula la sekolah balik.. liat betul anak2 ni nk bangun pagi tadik..dh dikejut diorang masih boleh bergolek2 lagi..hehe..masing2 peluk bantal golek Panda derang.. bila ibu tinggi suara sikit..baru la tergopoh gapah tarik selimut nk lipat.. kelakar pun ada bila tengok anak2 ni..mr.pumpkeen plak mmg tak bleh nk bukak mata laa.. ni semua gara2 bola la ni..dia tengok brazil beraksi pagi2 buta tu la..

hari ni masuk ofis ada rasa malas sket..kenapa ye?.. kadang2 kan potato rasa mcm tak nak keja dh..nk duduk umah jaga anak2.. tp bila fikir balik.. kesian mr.pumpkeen sorang2 keja kan.. bukan tak cukup, tp bila potato pun sama2 keja..kurang la beban dia..tu la kan ..isteri ni mmg tak nak bagi beban banyak sangat kat suami kan..sayang suami la katakan..hik hik hik

haa lupa nk citer.. aritu kan cuti balik kampung kan.. pegi la gambang waterpark tu..bleh tahan la.. best tuk budak2 .. anak2 potato berendam dalam pool tak mo naik..si kecik ni pun sama..kat situ ada banyak jenis kolam.. tu yg derang seronok.. potato tak mandi sangat la.. malas nk berbasah2 ni..mr.pumpkeen la layan anak2 teruna dia tu..kejap main gelongsor.kejap main dlm kolam ada ombak besar..hehe..potato melayan pemandangan je la..lain kali nk plan holiday bersama adik beradik plak kat situ..

hmm.. tak lama lagi dh nk puasa.. tp puasa ganti belum abis lagi ni.. aduhaii.. malas tul.. ingat nk ganti la minggu depan..insyaallah...:D

Tuesday, June 15, 2010

esok saya cuti

salam...

ye esok saya akan bercuti .. 3 hari je.. nk bawak anak2 saya berjalan2..tak sabar rasanya..walaupun bukan kemana-mana pun..walaupun hanya balik kampung..tp saya rasa tak sabar..sebab dah lama rasanya tak balik kampung..hanya orang perantauan sahaja tau camana rasanya bila balik kampung kan..hehehe..

anak potato dah berkira2 nak ajak opah dan atoknya pegi mandi swimming pool la.. pegi taman la.. mcm2 dirangkakan rancangan mereka sndri..sang opah dah bercuti..ye ibu saya masih lagi bekerja..gigih bekerja lagi.. sang atok tidak bercuti, tapi for sure akan habiskan masa bersama cucu2 kesayangan dia nnt..

mr.pumpkeen ajak balik awal pagi esok.. katanya nk menikmati pemandangan yang berkabus..betul..highway tu banyak kabus kalau perjalanan seawal pagi..seronok je..hmm.. balik ni packing baju..tu memang dh keja potato la kan..

lagipun cuti sekolah tinggal seminggu je lagi..kesian anak2 asyik duduk kat nusery aje...

meruntun hati

salam..

setiap kali membaca sebarang entry dari ayu..hati potato meruntun sedih..bagai direnyuk2 hati ini..sedih setiap kali terbayang wajah mulus arwah alanna..tp redho juga la kerana Allah lebih menyayangi anak kecil itu..dan memang tempatnya di sisi penciptanya..
tp memang la..sangat sedih hati ini..al fatihah untuk sayang Alanna..

Monday, June 14, 2010

gigi oh gigi

salam..

pernah tk korang sakit gigi.. potato ni kan dah lama gila tak pegi jumpa dentist..last rasanya masa sekolah rendah lagi.. iyeee... serius... then bila gigi dah sakit tak tertahan.. pegi jugakla jumpa dentist.. si dentist ni pun terkejut.. lama gila tk pegi cek gigi.. hehehehehe.. penakot la katakan..

tu pun sebab mr.pumpkeen nk gi buat scaling gigi.. potato pun tumpang sekaki la.. dalam hati ni dup dap dup dap.. wakakaka kelakar la..bersalin lagi sakit..tp bila bab gigi ni..aduhaii..

tu citer sebulan yg lepas la.. pegi tampal gigi yg berlubang.. then ari ni sakit gigi balik.. dengan berat mulut ajak la mr.pumpkeen pegi dentist.. sempat lagi mr.pumpkeen takut2 kan potato.. dia kata dentist grind la gigi tu..korek sana korek sini.. aduyai sang suami ni..

hehehe.. sampai dentist..tkde menda pun..tukar tampalan, tampal baru.. tak sakit pun.. hehehe.. harap2 gigi ni tak sakit dah la.. bleh menikmati makanan dengan sempurna.. tp betul kan.. bila tuhan duga camni..kita yg dah biasa makan tanpa rasa sakit gigi.. bleh jadi malas nk makan..sebab takut gigi sakit.. emosi pun tak berapa nk stabil kan.. alhamdulillah.. dah selesai dating ngan dentist, potato harap takde lagi la masalah sakit gigi ni.. huhuhuhuhu.. memang sakit oooo..tak tertahan rasanya.. heheheeh...tu la lain kali berus gigi tuu.. weiii saya berus tau gigi saya 2 kali sehari.. tp gigi dah season ngeh ngeh ngeh....

IKEA

salam..

weekend lepas takde menda yang menarik pun potato buat ngan anak2...cuma sabtu tu..mr.pumpkeen bawak kitorang gi lowyat.. beli memory card utk games psp anak pumpkeen tu...dapat la dia games baru.. pastu pegi lunch then balik umah.. rilek kat umah je...si anak duk belek games la tak jemu2...

ahad tu mr.pumpkeen kata nk beli drawer chest tuk baju budak2.. mmg lama dh menghajati drawer chest ni.. then we are off to IKEA.. terus beli 2 drawer tu untuk diorang..terus balik umah tu..sebab mr.pumpkeen nk pasang drawer tu.. sampai umah... dia pasang drawer..potato masak..hehehehe... siap pasang..terus lunch.. pastu tidoooooo time.. wakakakka... best je habiskan masa santai camtu ngan anak2 kat umah.. plan nk mandi pool, tp tak pegi mandi pun..tu la kan..kita merancang..tp tuhan yang tentukan..

p/s: drawer dah siap pasang.. tp kerja2 mengemas belum settle.. big M laa lately...how aaa...hehehehehhehehehehehehehe

Friday, June 11, 2010

jumaat..

salam..
jumaat datang lagi.. alhamdulillah potato dan keluarga diberikan kesihatan dan kesempurnaan untuk mengecapi sehari lagi dalam kehidupan..alhamdulillah... di musim cuti sekolah ni kan..kesian kat anak2.. duduk nursery je.. bukan tak mo bawak jalan2..tp sekarang ni kan musim penyakit banyak sangat melanda.. risau plak. ye la..orang kata lau dah nk kena sakit tu..kita berkurung pun kena juga...tp lebih baik elak kan...
anak potato yg sulung tu dah mula mengajak ayahnya berjalan2..mcm2 cadangan dia bagi.. last2 ayahnya decide utk amik cuti 3 hari..potato pun kena bercuti jugala..untuk bawak anak2 ni berjalan2..lokasi..hehe umah opah la..dah lama rasanya tak balik umah opah..anak2 pun suka juga...hmm minggu depan potato akan bercuti untuk beriadah bersama anak2...tak sabar plak rasanya...

p/s: semalam mr. pumpkeen ajak tengok wayang..di kala waktu pejabat pulak tu.. apa lagi kitorang pun ponteng la sekejap..dah beli tiket siap dah.. tiba2 siaran terpaksa dibatalkan gara ada masalah teknikal plak..tuu laa..sapa suruh ponteng keja kan..tp utk merawat lara tak dapat tengok wayang..kitorang gi karaoke..hehehehe..lepas tension jugak ye.. potato nyanyi apa lagu yg mr.pumpkeen pilih.. dia pun melepaskan jugak la tension dia...seronok juga... tp tu la.. impian ada juga ni nk bawak budak2 tu pegi karaoke..mana tau ada bakat terpendam kan..hehehehhe

to my fren- ayu

salam...

hari ni potato sedih bila baca entry mummy arwah alanna..dia kerinduan kepada anaknya..rindu sangat2.. ya allah..meruntun hati ni..tiada apa yg boleh potato buat selain berdoa agar ayu diberi kekuatan extra untuk menghadapinya..
ye la..bila bercakap pasal anak..hanya seorang ibu tau macamana perasaan menyayangi seorang anak.. anak yg kita kandung..lahir dan susukan..besarkan...bila anak sakit..ibu tu yg turut sakit sama..apa tah lagi bila anak tu pergi dahulu dari kita..ya allah tak tau la macamana nk hadapi hidup..itu yg berlaku pada ayu..potato percaya itu sebahagian dari dugaan untuk ayu.. mungkin potato atau orang lain dugaannya berlainan..semoga ayu lebih tabah..amin...

Thursday, June 10, 2010

mixed feelings..

salam..

pernah tak korang rasa mcm ni..mixed feeling.. haih.. tak suka ke suka ke.. hmmmmmm...
arini pagi2 lagi dpt sms one of my fren dh selamat melahirkan seorang putera mlm tadik..alhamdulilah.. so planning arini nk pegi melawat newborn dia la with mr.pumpkeen..hadiah semua dah ready..hehe..awalkan beli hadiah..mmg seronok nk tgk baby baru ni..

semalam pegi umah my mil.. tgk dia sihat ke tak..mak mertua potato ni kebelakangan ni tak berapa sihat.. tp semalam tengok dia dh okay sket dia..rindu dia pada cucu2 kesayangan dia..:D

hish..mood ni rasa nk pegi tengok wayang la plak.. nk ajak mr. pumpkeen la. tengok karate kid ke..budak setan ke.. dh lama tak layan wayang ni..hehehehe....

5th June.. perginya Alanna buat selama-lamanya

salam..

sebelum ni potato pernah cerita pasal alanna... dan potato sempat melawat alanna di hkl ngan mr.pumpkeen..mmg alanna masa tu kelihatan sangat tenat..dia terlantar dan tak banyak bergerak.. tp masih memberi respon bila tangan dan kakinya disentuh.. potato dah cakap ngan mr.pumpkeen yg potato akan cuba utk tidak menangis..tp mmg tak dapat dibendung perasaan ni..lagi plak potato ada anak perempuan yg lebih kurang sebaya ngan alanna.. mmg air mata ni tak henti2 keluar.. dh tk de rasa malu ngan kawan lama potato tu.. sebenarnye sejak kuar utm sampai la aritu mmg tak penah jumpa lagi ngan syarul.. and alanna la penyebab kami berjumpa semula..

dan malam 5 june tu..syarul sms potato mengatakan anaknya sudah menghadap Allah..ya allah jantung potato macam senak tiba2..sedih tak terkata..masa tu anak2 semua dah tido.. mr.pumpkeen takde..dia ke kelantan..dan dengan perasaan hiba yg amat sangat..potato meratapi pemergian alanna..walaupun tkde depan mata..tp hati ni meruntun sedih tak terucap.. ya allah..sesungguhnya.. hanya engkau yg lebih mengerti apa yang engkau telah suratkan kepada setiap hambamu..al fatihah untuk arwah alanna qish..