Wednesday, June 23, 2010

seorang isteri

salam..

potato berbloghop malam tadi selepas mata ni tak mau tido..nk layan bola..tak minat..so berjalan2 ke blog orang la.. tp potato lupa apa link dia.. yg sempat potato copy adalah cerita di bawah.. pada yang berkenaan..if terbaca blog potato..sorry ye.. saya copypaste cerita ni..sebab pada saya besar maknanya...

hujan masih renyai..sejuk dingin..sedingin perasaan papa selepas menziarah mama tadik..mama..buat masa ini..papala ibarat pungguk yang rindukan bulan..papa rindukan mama...maafkan papa, mama..maafkan papa...

" u ni i pun penat jugak..tp tolong la tengokkan anak sekejap.. i nk kemas dapur pun susah..Nia ni ha..nk berdukung je..tolong la kejap.." " hish u ni..membebel je la.. i nk tengok tv pun tak dengar tv ni..asyik dengar suara u je.. suruh la Naim, Firdaus, haa tu Maya pun ada..semua buat apa dalam bilik tu..Naim!!!! tolong tengokkan Nia ni kejap..mama nk masak..papa nk rehat..tau tak papa penat ni..keja banyak..tak macam mama..duduk je kat opis tu.." Tergumam sekejap mama bila dengar papa meluahkan rasa hatinya. Memang mama duduk je kat opis..sebab kerja mama hanyalah seorang kerani..bukan macam papa..jurutera yang amat penting di dalam syarikatnya. Apalah daya mama..

Nia mama kendong..sambil basuh saki baki pinggan..mata Nia mama renung..dalam hati ini ada rasa kesal kerana anak- anak memang jarang dapat bermanja dengan papa mereka. Semua bermula bila papa ditawarkan jawatan ketua jurutera di tempatnya. Bangga dengan kejayaan papa, tak disangka papa berubah. "mama, mana crayon yang Firdaus mintak mama beli tu?" terkejut dengan sapaan Firdaus.. cepat-cepat mama sapu airmata yang baru nk berlinang.. " nnt mama bagi ye sayang.. Firdaus pegi mandi dulu..ajak abang Naim sekali..kak Maya buat apa?" "main game"..ringkas jawapan Firdaus.. dulu Firdaus seorang yang manja dengan papanya.. sekarang hanya mama sahaja yang berani dipanggil selepas diherdik sekuatnya oleh papa.. akibat bermain Lego. papa marahkan firdaus seolah- olah Firdaus telah membuat satu kesalahan yang amat besar.. ditunjalnya kepala anak kecil tu.. mama juga la yang meredakannya.."haa tu la mama..manjakan sangat.. dah main bersepah pun mama masih nk manjakan.."..masih terngiang herdikan papa...

setelah semua tersedia.. mama panggil Maya, Naim dan Firdaus untuk makan..Nia telah tidur kepenatan seharian di nurseri. papa pun mama panggil juga.. namum hampa selepas papa kata dia akan makan di luar..ada kawan menanti.. keluh hati ini..tapi demi anak-anak mama senyumkan jua..dan menikmati makan malam bersama mereka..seronok tengok keletah anak semasa makan.. berebut ayam la..sorang nk peha..sorang nk kepak.. pada mama tu semua mmg ragam anak-anak..tp pada papa..semua tu merunsingkan dia. lantas dihempasnya pintu dan keluar.. anak-anak terpaku.. mama terkejut.." papa nk cepat tu.. tak apa la..jom sambung makan..lepas tu buat kerja sekolah ya..".. anak- anak akur...

lepas semua telah lena dibuai mimpi..mama teruskan mengemas.. baju anak-anak untuk ke sekolah esok, ke nurseri esok.. buku-buku mereka tadi pun tak kemas lagi.. susu Nia..barang keperluan Nia untuk esok..baju papa, baju mama untuk kerja esok..semua masih belum di kemas.. mata mengantuk..badan penat..tapi mama gagahkan jua.. kemudian beralih ke ruang tamu, mama kemas, sapu, mop sehingga nampak macam ruang tamu dalam kedai la..bersih dan tersusun..

jam dah pukul 12.40 malam.. lepas Isyak, mama baring atas sofa. tunggu papa balik.." mama, bangun.. dah kenapa ni tido kat sofa? dh takde bilik dh tido?" " eh papa.. dh lama ke papa balik.. mama letih sangat kot..terlelap tadik" " apa yang letihnya..mama bukan buat apa pun.. duduk tengok tv pun letih?" Hati mama terus jadi kecil sekecil hama.. mama tengok papa terus berlalu masuk ke bilik dan baring di sebelah Nia. pandangan mama berbalam..hati mama renyuk..mama pun bangun menuju ke bilik..untuk melelapkan mata dan melayan hati yang lara.. baru hendak lelap..mama dikejut papa..kewajipan mama sebagai isteri mama langsaikan..walaupun badan penat, mata mengantuk..kewajipan yang wajib itu mama tak abaikan..demi papa...sebab mama sayangkan papa..

pagi itu, mama rasa pening dan tak berapa sihat. nasib baik semua keperluan anak- anak untuk ke sekolah sudah mama siapkan dari malam tadi lagi.. papa masih di bilik air..Nia asyik dengan cerita Barney di tv, Firdaus sedang makan sarapan, Maya sedang menyikat rambutnya, Naim sedang tercari-cari barangnya di dlm laci.. kaki mama lemah nk melangkah..namun mama gagahkan juga.. siapkan diri untuk ke pejabat..sedang bersiap papa bertanyakan stoking dan tali lehernya. dengan pantas mama ambil dalam bakul dan hulur pada papa.. Firdaus pula bertanyakan tshirt sukan..oo ye..mama lupa..Firdaus ada sukan hari ni.. terus sahaja mama ambil baju sukannya yang mmg berlipat rapi dalam almari. Firdaus tersenyum.. hampir semua keperluan seisi rumah, mama yang sediakan..mama rasa bahagia dapat menyediakan semua untuk orang yang mama sayang...bahagia sangat...

sampai di pejabat, semua rakan menegur kata muka mama pucat. " Min, pucat sangat ni..kau okay ke tidak ni?" sapa Linda.. Linda kenalan mama sejak dari Universiti lagi..baik sungguh hati budi Linda.. "tengahari nanti aku ke klinik la.."

"Min..min.. Yasmin..Yasmin..awak pengsan tadi di pejabat. saya bawak awak ke hospital ni..sekarang awak berada di hospital".. kata - kata itu buat mama bingkas bangun.. kepala mama sakit sangat.. mama cuba cari papa.." doktor, mana suami saya?.." En Nizam tak dapat datang lagi..mungkin malam..dia ada mesyuarat penting.." " tapi doktor, anak - anak saya, tak ada siapa ambil kat nuseri. saya nk balik sekarang doktor" : Yasmin, anak awak semua Linda dah uruskan. Linda dalam perjalanan ke mari bersama mereka. Yasmin, awak kena banyak bertenang. Awak tak boleh balik hari ni. Saya terpaksa minta awak duduk di wad sehingga keputusan pemeriksaan awak keluar nnt" "kenapa doktor..saya sakit apa?" " bertenang yasmin, kami syak awak ada barah darah yang telah kritikal" pandangan mama sekali lagi kelam...

" hish budak- budak ni.. mana baju sekolah korang ni.. papa nk carik kat mana?.. ni buku sekolah ni dah siap buat kerja sekolah kemas la.. Naim, tolong papa. carik baju sekolah, papa banyak lagi keja ni..Maya! buat susu Nia ni.. dia dah menangis ni..papa ada paperwork nk buat ni.." "papa, mama yang simpan baju sekolah, Naim tak tau la papa.." "papa, susu Nia ni nak buat mcmana?" " alah!..nnt papa telefon mama" riang hati mama bila terpandang nama papa sayang di skrin telefon. " hello papa" suara papa bengis.."u kan mama.. i tengok u sihat je, u mmg nk duduk lama ke hospital tu. u memang dh malas nk balik ke?.. u tau tak.. i ni dah tak boleh handle dh anak-anak u ni. pening la i.. semua i nk kena buatkan untuk diorang.. kalau u tak bleh balik esok.. i tinggal aje diorang ni kat rumah. i tido hotel!" sebak dada mama..dengan langkah lemah..mama carik doktor.." tolong la doktor.. anak- anak saya takde sapa nk jaga..suami saya kena pegi keja luar..tolong saya doktor.. saya janji saya jaga kesihatan saya.." doktor hashim tidak menjawab cuma menganggukkan kepala sahaja.. hati mama berbunga riang..mama diberi cuti sakit 2 minggu. "Linda, kau ambil aku kat hospital ye. aku dh boleh keluar.."

sampai sahaja di rumah, papa tiada. Nia hanya memakai pampers sedang bermain Lego, Naim dan Maya di depan tv, makan biskut, Firdaus di dapur sedang basuh pinggan.. hancur hati mama...terus mama peluk anak- anak mama.. dan mama berjanji akan menjaga anak-anak mama tak kira apa yang akan berlaku.. Firdaus seperti memahami, terus membantu menjaga Nia.. sebak dada mama...

malam itu papa pulang. keadaan rumah dan anak-anak sudah kembali seperti biasa..sebab mama dah pulang, jadik mama sudah mengemas semuanya. "haa.. tau pun jalan balik ke rumah.. sudah la min.. tak payah pura-pura sakit lagi.." "mama memang betul sakit la papa.. mama muntah darah tadik.. Firdaus yang lapkan kat lantai bilik"." argh kau diam..kau pun sama menyusahkan.. satu apa pun tak boleh harap..masa mama kat hospital dulu..ada kau tolong papa..semuanya tak tau.." " dah la bang...mama sihat.. Firdaus mama sihat.. mama boleh buat..dah...dah..." "tapi mama..darah tu.."" shhh sudah la Firdaus..mama kata mama sihat.." " dah la abang.. mama okay.. tapi sepatutnya papa pun kena ambil tahu jugak pasal keperluan budak- budak ni..tak la nnt bila mama takda..papa tercari-cari.. ni kan rumah kita.. anak- anak kita.. sama-sama la patutnya kena ambil tau.." " kau jangan nk mengajar aku pulak la.. tu semua kan tanggungjwab isteri. isteri la uruskan. bukan suami. dah la aku penat! malas nk bertekak ngan kau pasal benda bodoh ni." mama bungkam..anak-anak terdiam.. " sudah la Firdaus, bawak adik-adik masuk bilik ya.." Mama benar-benar tak faham..mengapa papa berubah sangat.. tapi mama buangkan perasaan tu jauh-jauh..sebab mama teringat pesanan arwah nenek, "min, dlm rumahtangga, kalau kita asyik dambakan yang sempurna, rumahtangga kita takkan kekal lama.. biarla kurang sempurna, asalkan hati kita bahagia min..yang kurang sempurna itu, bila berubah kepada kesempurnaan yang hakiki, masa tu la baru kau tau indahnya berumahtangga min.." dulu mama hanya mendengar, kurang memahami.. sekarang mama sudah nampak jelas maksud nenek....mama intai papa di dalam bilik.. asyik dengan komputer... mama terus ke bilik anak-anak..Nia sudah tertidur dengan Maya.. Firdaus masih membaca, Naim leka dengan gamenya.. "biarla tidur lambat skit..esok cuti.." bisik hati mama...mama baring sebelah Nia..

pagi hari ahad mmg mama biarkan Naim, Firdaus, Maya dan Nia tidur lama sikit..kesian setiap hari bangun pagi..papa dah lama keluar. jumpa kawan katanya. mama ambil telefon dan dail no Linda.. dalam perancangan Linda nk bawa kami ke taman permainan di Cheras. tempat anak-anak mama suka pergi..papa dah bagi kebenaran malam tadik. itu pun lepas bertegang urat sekejap.."Lin, sekejap lagi la ye..anak-anak aku tidur lagi" " ye ke.. tak apa la..aku pun dh dalam perjalanan ni.." "haa..kita sarapan kat sini dulu ye..aku dh goreng mihun" "okay Min".. seronok hati mama.. mama intai anak-anak mama..semua nya mmg lena diulit mimpi..mama cium seorang demi seorang..kasihnya mama pada mereka..

" mama..mama.." suara tangis Firdaus memaksa mama membuka kelopak mata mama yang amat berat rasanya. "Min, waktu aku sampai pagi tadi, kau terbaring sebelah Nia, aku fikir kau tidur, bila aku panggil, kejut kau tk bangun, terus aku call Nizam.." " abang Nizam mana?" " ada di bilik doktor Hashim, Min.. banyak bersabar ye".. papa datang bersama Nia.. mata papa merah..sembab.."kenapa papa?" "Lin, tolong bawak budak- budak keluar kejap"..
"mama.. benarkah selama ini mama ada barah darah yang kritikal.. kenapa mama tak bagitau papa?" bahu mama digoyang papa.. "papa, bukan mama tak nak bagitau..papa yang tak nak ambil tau..sekarang papa dah tau kan..tp doktor hashim cakap mama masih boleh dirawat.." air mata papa deras.."mama, sakit mama sudah terlalu kritikal, doktor menjangkakan hingga esok sahaja mama".. perasaan mama luluh, mama terbayang Firdaus, Naim, Maya dan Nia.. macamana anak-anak mama tanpa mama..air mata tanpa henti mengalir.." papa, andai benar mama akan mati esok, papa bawak mama balik sekarang..sebab mama nk bagitau mama pasal rumah kita. pasal keperluan anak-anak bila mama takda nnt..supaya papa tak payah marah Naim, marah Firdaus. mama nk balik sekarang pa..takut tak sempat nnt.. " papa rangkul badan mama sekuatnya.. mulut mama ditekup... menginsafi apa yang telah berlaku..

semua keluarga ada dirumah.. mama lemah.. Nia sentiasa di sisi mama.. Maya dan Naim juga.. Firdaus tak henti- henti membaca yasin untuk mama.." Maya, jaga adik ye sayang, Naim, Firdaus.. jangan selalu gaduh-gaduh ye..nnt papa marah sebab papa banyak keja nak buat ye sayang..Nia, dengar cakap papa ye..mama akan jaga anak-anak mama di sana nnt.. ingat mama sentiasa sayangkan anak-anak mama.."..raungan Maya, Firdaus dan Naim kuat sambil memeluk kuat mama mereka. papa menjadi pemerhati sahaja. " abang.. maafkan min..maafkan min bang.." suara mama terputus di situ.. bahu mama dirangkul kuat oleh papa.. "mama..mama.. ya allah.. mama!" semua yang ada turut menangis.. Nia memanjat badan mamanya, Naim, Firdaus dan Maya berpeluk sesama sendiri.. papa memeluk Nia dan mama sekuat hatinya..

" Naim, cepat.. nnt bawakkan sekali bekal untuk Firdaus tu, papa letak atas meja..". "okay papa" sahut Naim.. sambil memimpin Nia, Naim capai bekal dan berlari menuju kereta. "jap..Maya kunci pintu".. papa tersenyum melihat keletah Maya yang takut terlambat ke sekolah...

selesai menyerahkan pelan kepada rakan kerja, Nizam terus memandu ke pusara Yasmin. lama dia tak kesana. dek kerana sibuk oleh kerja dan anak-anak. sampai di pusara, suasana sangat tenang..setenang wajah yasmin semasa dikafankan dulu.. sudah 2 bulan yasmin pergi..2 bulan juga la dia menguruskan keluarga sendiri.. dia belajar menjadi mama kepada anak-anaknya..barula dia tau, tanggungjawab seorang isteri itu lebih dari segala-gala nya bagi suami. barula dia sedar, dia bertuah beristerikan yasmin kerana yasmin tidak pernah menyusahkan dia dalam urusan keluarga..kini yasmin tiada.. pada dia la anak-anak mahu bermanja. mujurla anak-anak seperti memahami mama mereka telah tiada.. anak-anak seperti tahu mama mereka tidak mahu mereka menyusahkan papa, dengar cakap papa.. tanpa disedari air mata Nizam mengalir..dia berjanji akan memikul tanggungjawab yang ditinggalkan yasmin untuk membesarkan anak-anak dengan sempurna..

No comments:

Post a Comment